Tuesday, February 11, 2025

 Apabila ayat 117 Hud itu menyebut negeri/negara, mengikut ilmu qiyas boleh membawa kepada daerah, bandar, kampung, kelompok, keluarga. Jadi pengajaran yang boleh kita ambil ialah adakah kita sentiasa membuat pembaharuan Islam dalam keluarga kita.

Selagi kita belum mencapai tahap Islam baginda, kita harus mengambillangkah 'sentiasa melakukan pembaharuan (tajdid)' Kerana Islam yang hakiki ialah yang diamalkan oleh baginda.

Islam baginda menekankan 'kehidupan' bukan beribadah sahaja. Kerana itulah baginda bersabda 'Pokok segala urusan ialah Islam, tiangnya sembahyang, puncaknya jihad'. Jihad ialah cara hidup yang menegakkan pengajaran2 dalam ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ertinya yang penting dalam ibadah2 kita ialah jihadnya, atau jalan hidupnya. Kerana inilah maka ibadah yang tidak diikuti dengan jihadnya besar kemungkinannya tidak diredai Allah.

Thursday, January 23, 2025

Maksud Sentiasa

Ayat 117 Hud menyebut, Tuhan-mu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama mereka.

Apakah maksud sentiasa itu.

Ayat ini menekankan bahawa Allah tidak akan menghukum suatu kaum secara tidak adil selama mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama mereka. Dalam konteks ini, sentiasa membaharui sesama sendiri merujuk kepada usaha berterusan untuk...... baca selanjutnya di page sentiasa.

 Apabila ayat 117 Hud menyebut, Tuhan-mu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama mereka, bagi saya perkataan sentiasa itu harus diberikan perhatian. 

Ayat ini menekankan bahawa Allah tidak akan menghukum suatu kaum secara tidak adil selama mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama mereka. Dalam konteks ini, sentiasa membaharui sesama sendiri merujuk kepada usaha berterusan untuk:

1. Menegakkan keadilan sosial: Masyarakat yang sentiasa menjaga hak-hak setiap individu tanpa diskriminasi dan mengelakkan kezaliman akan terus diberi rahmat Allah. 

2. Memperbaiki hubungan antara manusia: Ini mencakupi sentiasa menjaga hubungan sesama keluarga, jiran, komuniti, dan hubungan dengan alam sekitar. Masyarakat yang mengutamakan islah (perbaikan) dan tidak membiarkan konflik berpanjangan akan terus mendapat perlindungan Allah. 

3. Mengukuhkan akhlak dan moral: Sentiasa mengajak kepada kebaikan (amar makruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) merupakan sebahagian daripada membaharui sesama sendiri

4. Menghindari sikap statik dan lalai: Sentiasa dalam hal ini membawa makna usaha yang dinamik dan berterusan. Ia tidak cukup sekadar memperbaiki keadaan sekali-sekala, tetapi perlu dilakukan dengan istiqamah (konsisten).

Oleh itu, ayat ini mengajarkan bahawa keberlangsungan hidup masyarakat yang aman dan dirahmati Allah bergantung kepada sejauh mana mereka berusaha memperbaiki keadaan secara kolektif dan mengutamakan kemaslahatan bersama.

Perbaiki agama

Kejadian yang berlaku di US sekarang ini ialah kebinasaan fizikal (tanah air). Bagai tak percaya bagaimana api boleh merebak di kawasan kependudukan, boleh melintas jalan 4 lorong ke kawasan kependudukan. Paling menghairankan ialah api tidak sedikit pun menyentuh masjid di sekitar kawasan yang musnah kebakaran. Lihat di bahagian awal youtube https://www.youtube.com/live/qj8iWZ_oiEs?si=adnLps9hutnlt1zL  

Video ini menggambarkan antara punca utama kebinasaan di US adalah soal cara hidup mereka, iaitu sikap mementingkan diri. Yang ditolong ialah Israel bte Amerika. Puncanya, kerana mereka beragama yang bukan Islam, bukan agama yang diajarkan oleh Nabi saw.

Saya hendak menyebut antara yang paling utama kita lakukan ialah pembaharuan agama kita, kerana hadis menyebut 'Di akhir zaman umat Islam berpecah kepada 73 hanya 1 yang diredai Allah, pastinya ialah agama baginda Rasulullah saw. Yang 72 lagi adalah agama tradisi nenek moyang. Inilah agama kita sekarang ini. 

Untuk mengetahuinya bacalah di https://islamnabisaw.blogspot.com Kalian akan dapati Islam baginda adalah berorientasikan kekhalifahan iaitu ayat 30 al-Baqarah, ayat 165 al-Anam, ayat 69 al-Araf, dan ayat 62 an-Naml.

Apakah pandangan kalian terhadap apa yang berlaku di US khususnya LA? Bagi saya ianya adalah berkaitan dengan ayat 117 Hud. Ayat ini menyebut, 'Dan Tuhan-mu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri'. Ayat ini bercakap tentang kebinasaan.
Seperti yang kita lihat, kebinasaan yang kita lihat ialah kebakaran yang luar biasa. Luar biasanya ialah bagaimana api boleh merebak hingga ke kawasan kependudukan, pada masa yang sama sebuah masjid yang berada di tengah-tengan kawasan kebakaran tidak sedikit pun disentuh oleh api. 

 Apabila ayat 117 Hud itu menyebut negeri/negara, mengikut ilmu qiyas boleh membawa kepada daerah, bandar, kampung, kelompok, keluarga. Jadi...